Drama Suami Ku Encik Sotong Full Episode

Assalamualaikum

Suami Ku Encik Sotong
 
http://2.bp.blogspot.com/-Fqs8MRgscgc/VE5FIdDHr-I/AAAAAAAAHaA/N5wVhya_8AY/s1600/Sharnaaz%2BAhmad%2Bdan%2BAmyra%2BRosli.jpg

Sinopsis

Suamiku Encik Sotong mengisahkan tentang ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik semak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

 “Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica

Drama adaptasi novel terbaru karya Syikin Zainal berjudul Suamiku Encik Sotong akan ditayangkan di kaca TV. Drama arahan Eoon Shuhaini ini mengandingkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan Amyra Rosli sebagai pelakon utama. Saksikan drama ini bersiaran mulai 27 Oktober 2014, pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam tayangan serentak di Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

Drama Suami Ku Encik Sotong Full Episode

Suami Ku Encik Sotong - Episode 1
Suami Ku Encik Sotong - Episode 2
Suami Ku Encik Sotong - Episode 3
Suami Ku Encik Sotong - Episode 4
Suami Ku Encik Sotong - Episode 5
Suami Ku Encik Sotong - Episode 6




Cukai 2015 - Blog juga bakal dikenakan GST

Assalamualaikum


Sebulan lebih sahaja lagi kita akan memasuki tahun baru iaitu Tahun 2015. Tapi duk rasa baru semalam sambut tahun baru 2014, dengan percikan bunga api....tup-tup dah nak masuk tahun 2015. Sungguh pantas masa berlalu, malah umur kita pun semakin pendek.

 BLOG DAN FORUM TURUT DIKENAKAN GST

Bercakap pasal 2015, pasti sel-sel otak korang terus berhubungan kan? ya GST ~

Apa itu GST ?

Good and service tax atau GST adalah cukai yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh : cukai barangan 10% dan cukai perkhidmatan 6%, maka ianya menjadikan 16%, dengan GST ianya hanya dia kira sebanyak 6% sahaja. Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu ada cukai tersembunyi yang tidak dipaparkan dalam resit. Tetapi GST ini akan dipaparkan dalam setiap pembelian kita iaitu 6%.

Antara barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST ialah:-



Untuk lebih lanjut boleh lihat di APA ITU GST.

Blog bakal dikenakan GST

Benarkan blog juga bakal dikenakan GST mulai April tahun depan? jawapannya adalah BENAR. Ehhhhhhh! tunggu dulu, blog dan forum yang dikenakan GST sebanyak 6% adalah blog yang menjana pendapatan menerusi penulisan mereka di laman blog terbabit terutama sekali blogshop dan seangkatan dengannya

Tapi kalau kita yang jana pendapatan dengan Nuffnang, Komli,.Innity, dan banyak lagi syarikat pengiklanan, adakah kita juga bakal dikenakan GST? So kita tunggu dan lihat April tahun depan.

Bagi korang yang xde jana pendapatan, so tak perlu risau la ye, teruskan penulisan~




Filem Dendam Orang Mati Full Movie (2014)

Assalamualaikum





Sinopsis Filem


Filem Dendam Orang Mati ini adalah filem terbaru terbitan KRU Studios yang bakal ditayangkan pada 23 Oktober 2014 ini. Mengisahkan Lena (Lisa Surihani), seorang gadis yang baru tersedar daripada koma dan menghidap amnesia. Bagaimanapun, Lena pada masa yang sama telah diganggu oleh makhluk halus yang mahu membalas dendam. Ironinya, sepanjang tempoh koma, suaminya Shahrul (Fizz Fairuz) telah berkahwin dengan Min (Miera Liyana) dan tinggal di rumah peninggalan bapa Lena. Apakah makhluk yang sering membelenggu Lena di tingkat 4 rumahnya? Haa, kalau nak tahu, korang kenalah tengok sendiri.

Filem Dendam Orang Mati Full Movie


Gambar Aaisyah Dhia Rana yang botak selepas dicukur

Assalamualaikum

Aaisyah Dhia Rana nama diberi kepada anak perempuan bongsu Che Ta dan Zain Saidin yang baru saja dilahirkan pada 1 November 2014 jam 2.18pm di pusat perubatan Ampang Puteri yang lalu. 

Alhamdulillah kedua-duanya sihat, malah Che Ta pun bertambah berseri dengan kehadiran cahaya mata ini. 


Look at this ~ kecik-kecik lagi dah pandai senyum, mana tak nya semua peminat geram tengok anak bongsu Che Ta ni. Siapa pun pasti tertawan dengan kecomelan bayi ini. Foto ini dikongsikan oleh ibunya sendiri Rozita Che Wan dalam laman Instagramnya yang dilihat baru selesai mencukur rambut oleh pakciknya Zaquan Adha

3 Gambar Comel Aaisyah Dhia Rana Bercukur Rambut


Maharaja Lawak Mega 2014 Online

Assalamualaikum

Antara barisan peserta Maharaja Lawak Mega 2014, siapakah yang anda sokong?



Saksikan peserta Maharaja Lawak Mega 2014 Online ini berentap, dan siapakah yang bakal bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2014 !!



H.SEAT H.SEAT 2 Minggu 1Minggu 2Minggu 3Minggu 4Minggu 6
Minggu 7Minggu 8Minggu 9Minggu 10


Sumber : dfm2u


Peserta Maharaja Lawak Mega 2014

Assalamualaikum


Setalah labuhnya tirai Maharaja Lawak Mega 2013 yang telah pun diketahui pemenangnya iaitu SEPAHTU, kini kembali lagi Maharaja Lawak Mega 2014 dengan barisan pelawak yang hebat-hebat belaka, terutama Zizan Razak yang pernah menjadi Juara dalam Maharaja Lawak sebelum ini yang turut dianggotai oleh Johan atau Jozan ~



Berikut adalah senarai dan barisan pelawak yang dipilih secara automatik untuk beraksi di gelanggang Program Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)

Program Maharaja Lawak Mega 2014 musim terbaharu tidak disertai oleh peserta dari Indonesia seperti sebelum ini kerana tiada di antara mereka yang menepati kriteria pemilihan.

1) Shiro
2) Bocey
3) Nabil
4) SYJ
5) Sepahtu dengan tambahan seorang lagi anggota iaitu Ilya (Senario)
6) Virus – Tauke, Yus dan Zizan Razak
7) Comey (Suhaimi Yusof dan Rophie)
8) Jalor (Along Cham, Rahim dan Joey)
9) Sayot (Zam, Filzah dan One)
10) Kepoh (Izu, Pian dan Kamal)

Selain daripada peserta sedia ada, terdapat lagi 16 kumpulan yang akan melalui ujian kerusi panas sebelum layak ke pentas Maharaja Lawak Mega 2014. 4 kumpulan yang layak akan bersama untuk bertanding di pentas Maharaja Lawak Mega 2014. Antara 16 kumpulan yang akan melalui ujian kerusi panas adalah seperti berikut.

1) Ekzis
2) Mamu
3) Sakan
4) Samurai
5) Cak
6) Spark
7) Qtaro
8) Token
9) Chilok
10) Badboy
11) Zero
12) Glory
13) Shake
14) Gap2
15) Jbond dan
16) Wala

Seperti yang sedia maklum, pentas Maharaja Lawak Mega kini dibuka kembali menemui penonton pada setiap hari Jumaat bermula 14 November 2014. Rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 ini akan bersiaran secara langsung jam 10 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Siaran Langsung Kerusi Panas pula akan disiarkan pada 31 Oktober 2014 dan 7 November 2014.

Atau anda juga boleh saksikan Maharaja Lawak Mega 2014 ini secara online.



PIXY menyempurnakan hari anda

Assalamualaikum

Hyeeeeeee u'oll ~

Nampak sangat aku dah lama xupdate...sampaikan jari aku pun nak kiat bila sentuh keyboard worrior nie....

Erkkkkkk...apsal title aku hari nie pasal PIXY??

Actually, hari ni aku terima sample PIXY yang mana aku pernah daftar di  FREE SAMPLE PIXY sebelum ni. Mulanya aku tak percaya juga laaa...takkan dorang nak bagi FREE, sedangkan tak perlu buat apa-apa pun. Tapi sebenarnya betul laaaaaaaaaaaaaa !



Aku nie jenis tak minat dengan mekap-mekap, tapi kalau setakat eyeliner, eye shadow yang nipis dan bedak pixy tu dah menjadi rutin harian aku bila keluar. 

Tapi bila balik rumah, terus aku cuci muka dengan pembersih. So lama kelamaan muka aku jadi kering, liang pun nampak terbuka. Seyes aku rasa rimas..

Tapi lain pulak jadinya, bila aku pakai penanggal mekap pixy nie, korang balik rumah penat-penat just ambik facial contton, titik sikit pixy ni, dah boley tanggalkan mekap, malah muka korang pun nampak lebih sihat dan lembab dari korang guna pencuci muka.

Tak percaya cuba tengok !


Kenyataan MAIS atas kelulusan Program "I want to touch a dog"

Assalamualaikum

"MAIS memberikan kelulusan kepada penganjur BERSYARAT tetapi tidak dipatuhi - Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa "

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjelaskan, penganjur 'I want to touch a Dog' telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.
 
 

Beliau berkata, menerusi surat penganjur pada 3 Oktober lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Katanya, program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.

"Saya telah menerima cadangan mengadakan program sedemikian dan telah membincangkannya dengan lebih lanjut bersama salah seorang wakil muda daripada pencadang malah saya juga berbincang dengan Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan tersebut kepada pihaknya," kata beliau.

Mohamad Adzib berkata, bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak.

Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Oktober lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.

“Ini kerana persentuhan itu dianggap sebagai najis berat tetapi jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, ia tidak dianggap najis.

"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, hendaklah ditambat di luar rumah bagi mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," katanya.

Program yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama pada Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam. - Bernama

Notakaki: Ingatlah saudara Islam ku, "niat tidak menghalalkan cara". Kalau tak tahu benda tu haram atau tidak, buka Al-Quran dan faham. Jangan ikutkan orang kelak kita yang binasa. so kalau korang was-was batter samak, takut segala amalan takkan diterima Allah.

Kempen " I Want To Touch a Dog"

Assalamualaikum

"Mula-mula arak dan pegang anjing, lepas ini buat kempen babi" - Ustaz Kazim

Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.

Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama".


"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.


"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.


Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing. Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.


Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.


"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....


"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?


"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.


Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.


"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!


"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.


"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi.



Angin puting beliung melanda Pendang Kedah

Assalamualaikum

Pendang, Kedah - Angin kuat dan hujan lebat melanda sekitar kawasan pendang. Angin kuat tersebut dilihat berputar seakan puting beliung telah mengejutkan penduduk sekitar itu. Fenomena puting beliung itu dilihat dan dikesan oleh penduduk sekitar jam 4.30 petang hari ini.

Namun tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan, namun beberapa buah rumah penduduk dan sekolah Alor Besar Pendang mengalami kerosakan teruk akibat kejadian terbabit.

Gambar puting beliung ini jelas dilihat berdekatan tol Pendang, Kedah dari lebuh raya Utara Selatan menuju ke Pendang.

puting-beliung
pendang-ribut
pendang

pendang-2

Jejari Roti Cornflakes Homemade

Assalamualaikum

Hye semua !!

Hari nie hari ahad kan? hmmmm.....bagi yang mempunyai keluarga pasti keluar berhujung minggu kan, tapi aku yang masih "loading" menanti detik bahagia nie, isi masa lapang dengan resepi baru.


Actually, aku tak tahu nak taruk nama apa kat resepi nie.....
Tapi disebabkan bentuk dia potongannya pajang seakan-akan jejari, so aku namanya sebagai "Jejari Roti Cornflakes Homemade"

Selalu kalau korang search internet, dorang gunakan Oat? tapi aku nak cari kelainan sikit, so aku letaklah Cornflakes sebagai salutan luarannya.


Rasanya tak perlu kot aku taruk gambar step by step, sebab cara dia sama je macam "jejari oat". so aku letak yang dah siap dihidang jela ye.

Apa bahan untuk Jejari roti Cornflakes?
  • Roti (apa saja jenis roti)
  • Coklat
  • Cornflakes (dikisar kasar)
Cara pembuatan jejari roti cornflakes
  • Potong roti seperti jejari dan bakar ke dalam oven beberapa minit, kalau takde oven, kuali pun boley tapi kena rajin alih roti tu takut hangit.
  • panaskan coklat bar tersebut sehingga betul-betul cair. 
  • Kisarkan cornflakes sehingga hancur, tapi jangan terlalu hancur nanti jadi serbuk xsedap lak.
  • Salut roti yang dah siap dibakar ke dalam coklat bar yang dah cair tadi.
  • kemudian salut sekali lagi dengan cornflakes yang dah dikisar kasar tadi,
  • Akhirnya siap untuk di hidang.
Hah amacam? mudahkan?

Rasanya sedap nak rangup, tambah bila di jamah dengan teh o panas bawah pokok mempelam. perhhhh! sedap siot, hah apa lagi? cer try....cer try...

 

Bajet 2015 - Penerima BR1M bagi tahun 2015

Assalamualaikum

 

Bajet 2015 sudah pun dibentangkan, dan antara intipati BR1M 2015 adalah:-

Gaji RM3,000 dan ke bawah

Bagi isi rumah yang berpendapatan bulan RM3,000 dan ke bawah, pemberian bantuan akan ditingkatkan dari sebelumnya RM650 kepada RM950. Tambahan lagi, bantuan ini akan dibayar secara ansuran iaitu RM300 pada bulan Januari dan Mei 2015, manakal RM350 pula akan dibayar pada bulan September 2015.

Gaji RM3,000 - RM4,000

Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000-RM4,000 pula, pemberian bantuan ditingkatkan dari RM450 kepada RM750. Bantuan ini juga turut dibayar 3kali setahun iaitu RM200 pada bulan Januari dan Mei 2015 kemudian bakinya RM350 pula akan dibayar pada bulan September 2015.

Orang bujang

Bagi kategori individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atasdan berpendapatan tidak lebih dari RM2,000 kebawah, kerajaan telah meningkatkan nilai BR1M dari RM300 kepada RM350. bayaran bantuan ini akan dibuat mulai awal tahun 2015.   

Mana borang pemohonan BR1M Online ?

Bagi mereka yang baru pertama kali mendaftar dan untuk kemaskini boleh layari website ini.


Pendaftaran hanya boleh dilakukan apabila diumumkan oleh media.

Bolehkah saya layak memohon BR1M 2015?

Menurut LHDM, syarat kelayakan pemohonan BR1M
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.
  3. Warga emas sebatang kara ( berumur 60 tahun ke atas )  berpendapatan RM4,000 dan kebawah.
  4. Bujang dan berumur 21 tahun atas pada tarikh pemohonan serta berpendapatan RM2,000 dan ke bawah.

Bolehkah saya memohon secara manual ?

Untuk permohanan dan kemaskini BR1M boleh terus berhubung dengan LHDN yang berdekatan dengan anda atau hubungi nombor ini : 1-800-88-2716.


Virus Ebola boleh tersebar melalui udara

Assalamualaikum

Virus Ebola(EVD) atau demam berdarah Ebola (EHF) adalah penyakit pada manusia yang disebabkan oleh virus Ebola. Gejalanya biasanya dimulai dua hari hingga tiga minggu setelah terjangkit virus, dengan adanya demam, sakit tenggorokan, nyeri otot, dan sakit kepala. Biasanya diikuti dengan mual, muntah, dan diare, serta menurunnya fungsi liver dan ginjal. Pada saat itu, beberapa orang mulai mengalami masalah pendarahan.

Virus mungkin didapatkan melalui kontak dengan darah atau cairan tubuh hewan yang terinfeksi (bisanya monyet atau kelelawar buah). Penyebaran lewat udara belum pernah tercatat dalam lingkungan alami. Kelelawar buah diyakini dapat membawa dan menyebarkan virus tanpa terjangkit. 

Begitu terjadi infeksi pada manusia, penyakit ini dapat menyebar pada orang-orang. Pria yang selamat dari penyakit ini dapat menularkannya lewat semen selama hampir dua bulan. Untuk membuat diagnosis, biasanya penyakit lain dengan gejala serupa, seperti malaria, kolera dan demam berdarah virus lainnya harus dikecualikan terlebih dahulu. Untuk memastikan diagnosis, sampel darah diuji untuk antibodi virus, RNA virus, atau virus itu sendiri

  • Orang ramai diberitahu Ebola hanya berjangkit melalui sentuhan
  • Pakar memberi amaran kemungkinan virus itu boleh berjangkit melalui udara tidak boleh ditolak
  • Jaminan Ebola tidak boleh tersebar melalui udara adalah tidak tepat
  • Ebola telah membunuh 3,800 orang di barat Afrika dan sekurang-kurangnya 8,000 kini dijangkiti virus berkenaan.
Kini, kematian disebabkan oleh Ebola telah mencapai 3,800 dan pakar mula memberikan amaran penyakit itu mungkin boleh bermutasi bagi membolehkan ia menjadi ‘airborne’ atau dalam makna lain, boleh berjangkit melalui udara.

Sebelum ini, orang ramai diberi tahu oleh pegawai kesihatan bahawa virus yang menyebabkan ebola tidak boleh berjangkit melalui udara dan hanya akan berjangkit sekiranya terdapat sentuhan padacecair yang keluar dari badan mangsa Ebola.

Pakar virus, Charles L. Bailey, yang sebelum ini pernah membantu kerajaan Amerika menyelesaikan masalah Ebola pada tahun 1989 memberitahu LA Times: “Kita tahu yang virus ini berada dalam kahak dan tak ada sesiapa lagi yang pernah membuat kajian bahawa batuk dan bersin mungkin boleh menjadi medium transmisi” – 

Sumber : dailymail

BE masyuk dari Nuffnang

Assalamualaikum

Hye semua,

Pendekkan cerita...

Semalam aku ada post pasal CPUV Nuffnang bulan Oktober kan? Tapi masa tu BE aku cuma 4 je yang sedang "On Going" dalam blog nie. 

Tup-tup malam nie bertambah lagi 5 BE Nuffnang yang On Going dalam blog Bakul2011.com. Alhamdulillah, nampak gayanya boleh cash lagi laa bulan nie.... hehehe~

Terima kasih Nuffnang !




Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah Full Movie

Assalamualaikum


Lagenda Budak Setan 3 - Kasyah




CPUV Nuffnang bulan oktober 2014

Assalamualaikum

Hye semua warga pengunjung blog bakul2011.com

Aku pasti ramai tertanya-tanya, ke mana menghilangnya admin blog nie. Rasanya hampir berminggu-minggu aku xupdate blog kan. Maaflah aku sibuk dengan pratikal, sampai kan xdak masa nak update bagai nie.

Btw hari nie, aku punya kelapangan untuk menaip. Benda pertama aku akan tengok bila on laptop, pasti Nuffnang earning !.

dan apa aku nampak?? see there ~


Alhamdulillah rezeki bulan Oktober, sampaikan 4CPUV Nuffnang tengah godek-godek dalam blog aku nie,

Dan nie pulak antara CPUV bulan-bulan yang sebelum nie.
Walaupun CPUV yang aku dapat nie, mungkin xsebanyak korang, tapi alhamdulillah, boley jugak cashout 2bulan sekali.

Nak tahu rahsianya? cuba godek kat => Rahsia dapatkan BE Nuffnang !

Selamat hari raya AidilAdha~
 





Gosip Artis - Selamat pengantin baru buat Alif Satar dan Sha Dila

Assalamualaikum

Dengan hanya sekali lafaz, Alif Satar telah pun sah menjadi suami kepada Sha Dila.

Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pengacara, Alif Satar. Hanya dengan sekali lafaz beliau akhirnya bergelar suami kepada Sha Dila Halid, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

 isteri alif satar sha dila halid nikah

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood kira-kira pukul 11.40 pagi. Sha Dila diwalikan oleh bapanya Halid Mohamad.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 24, memberikan mas kahwin sebanyak RM80 manakala wang hantaran RM19,000. Rombongan lelaki turut membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Tahniah buat pasangan ini.



Pesawat MH198 ke Hyderabad berjaya mendarat cemas di KLIA semula

Assalamualaikum

Pesawat MH198 ke Hyderabad berjaya mendarat cemas di KLIA semulaPenerbangan Malaysia Airlines MH198 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Hyderabad, India berpatah balik dan mendarat kecemasan awal pagi Ahad.
width="300" height="250"
 
Pesawat itu dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang selepas mengalami masalah teknikal.

Laman twitter Flighradar24 berkata: Pesawat Malaysia Airlines #MH198 tertangguh dan berlaku kebakaran selepas berlepas http://www.flightradar24.com/MAS198/451ce1e

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata pusingan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan.

"Isu teknikal tersebut tidak memberi sebarang impak kepada keselamatan pesawat ataupun penumpang," kata MAS.

MH198 mendarat KLIA pada 2.01 pagi Ahad. Ia berlepas pada jam 10.20 Sabtu malam.

MAS berkata penumpang diberikan tempat penginapan di hotel berhampiran dan dijangka akan berlepas tengah hari Ahad.

"MH198 dijadualkan beroperasi sekali lagi sebagai MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah hari."

"Penerbangan akan tiba di Hyderabad pada 1.35 hari ini," jelas kenyataan itu - mStar online.
 
 

Saya hanya menurut perintah kata Dr Na'imah Ishak - UPSR bocor

Assalamualaikum
 


PETALING JAYA: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Na’imah Ishak akur dengan keputusan penggantungan tugas beliau berikutan isu kebocoran beberapa kertas soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dr Na’imah berkata, sebagai penjawat awam beliau menurut perintah dan menerima keputusan itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penggantungan tugas itu.

"Sebagai penjawat awam, saya menurut perintah. Itu sahaja yang boleh saya jawab," katanya ketika dihubungi mStar Online pada malam Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan penggantungan tugas beliau sebagai Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai.

Penggantungan tugas itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Jumaat.

Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.

Muhyiddin berkata, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.

Kertas soalan UPSR 2014 Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Sains 018, 028 dan 038 didapati berlaku kebocoran.

Berikutan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan.

Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu pada 30 September ini.

Pelik - Ular yang dianggap hanya bertelur kini beranak pula

Assalamualaikum

Lazimnya kita tahu, ular adalah spesis reptilia yang hanya bertelur sama seperti spesis reptilia yang lain. Namun, berbeza pula dengan ular hijau dibawah ini, yang mana ular ini beranak bukannya bertelur.


Inilah tanda kebesaran Allah.


Google+ Followers

 
Support : Bakul2011.com
Copyright © 2013. bakul2011.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger