Review Bikers Kental 2013

Assalamualaikum

Bikers Kental ?? !

ye movie terbaru yang telah pun ditayangkan pada 23 Mei 2013 yang lalu..

Bikers Kental menelan belanja sebanyak 1.7 juta dan merupakan usaha sama penerbit Tayangan Unggul dan Calif work Studios.

**GENRE: Pengembaraan/Aksi/Komedi

Review Bikers Kental 2013


Actually aku suka semua lakonan Zizan Razak, baik dari movie Hantu Kapcai, Jangan pandang-pandang, Hantu Bonceng malah turut filem Mael Lambung yang sememangnya kelakar habis !!

So xsabar pulak aku nak tunggu filem terbaru lakonan beliau nie !

Sinopsis Bikers Kental 2013

Filem arahan Helmi Yusof ini mengisahkan  Bidin Al Zaifa (Zizan), cukup meminati motosikal berkuasa tinggi. Dia bekerja di garaj motosikal milik sepupunya, Aidil (Harun). Meskipun sengkek, Bidin berangan-angan memiliki motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah ke negara jiran.

Keinginan itu semakin memuncak apabila bergaul dengan pelanggan setia garaj sepupunya. Dia ingin menyertai geng motosikal yang diketuai Eddie (Awie) namun kehadirannya kurang disenangi orang kanan Eddi, Arbi (Zul).


Impian Bidin menjadi kenyataan apabila dia terjumpa sebuah beg berisi wang yang banyak. Dengan duit itu dia membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan diri untuk berkonvoi ke Krabi bersama geng Eddie.


Sepanjang kembara itu Bidin berdepan dengan pelbagai insiden dan konflik. Dia juga jatuh cinta pandang pertama dengan Saiya yang bekerja di sebuah gerai makan. Lebih mencemaskan beberapa lelaki misteri mengekorinya.

Pengarah filem ni, Helmi Yusof ini jugak meminati motorsikal kuasa besar, kalau siapa tahu dia merupakan suami kepada Dira Abu Zahar yang juga penunggang motorsikal besar. Awie pula memang dah diketahui ramai sukakan motorsikal besar sejak lama dulu.

Barisan pelakon Bikers Kental 2013

Awie, Zizan Razak, Zul Ariffin Amirul,Bront Palarae, Harun Salim Bachik, serta 2 pelakon dari Thai PHONKANOK WONGSAROT (Nam Nueng) ,PORNVIPA RATCHAGARUNE ( Leeleng ).

Jangan lupa join group SYOKNYA BLOGGER 
klik sini ==>NUR IKAA PAGES !

Akan datang BIKERS KENTAL FULLMOVIE 2013 !

0 kaki komen ✿:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

Google+ Followers

 
Support : Bakul2011.com
Copyright © 2013. bakul2011.com - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger