bakul2011.com

"apa yang dilihat, itu yang dibaca"

Akasia Drama Cinta Jannah 24 episode

Assalamualaikum


Akasia Drama Cinta Jannah 24 episode 

Actually mula-mula aku xminat langsung drama Cinta Jannah, sampailah 1day, kawan aku dekat twitter nie @ikaa_nur cakap yang drama Cinta Jannah nie best. Episode 3 baru la aku mula start tengok, barulah terkial-kial nak cari episode 1 ye dak.

Antara barisan pelakon Drama Cinta Jannah adalah Nelydia Senrose (Nur Jannah), Aeril Zafrel (Izaryl), Ramona Zam Zam (Damia), Reen Rahim (Balqis), Dian P.Ramlee (Tengku Zareena) dan Saharuddin Thamby (Abdullah),Ezany Nizariff (Suffian),Fadzillah Mansor dan Kartina Aziz.

Sinopsis Drama Cinta Jannah

Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Nur Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P. Ramlee), berasa amat marah. 

Tengku Zareena telah  merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.  Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua?
Drama Cinta Jannah 24 Episode

3 Komentar untuk "Akasia Drama Cinta Jannah 24 episode"

pasti menjadi sweet love story ni...he he he...

Mcm cte dlm nvel.elok la kalo btol2 diorng bercinta. Sesuai sngt

nyimak lagi kakak :D

http://www.griyalagu.net/

Terima kasih untuk komen yang berharga anda, datang lagi.

 
Copyright © 2014 bakul2011.com - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info